Friday, December 1, 2017

Teknik Bercerita

Teknik ini saya gunakan untuk menarik minat anak apabila mereka sudah mula nampak letih dan bosan untuk teruskan bacaan Iqra'. Teknik ini juga digunakan semasa anak baru nak mengenal huruf hijaiyah berbaris fathah.


Selepas bercerita, saya akan adakan aktiviti berdasarkan cerita seperti permainan bahasa atau mini treasure hunt.



Contoh cerita :



Ibu Tupai meminta Anak Tupai membelikan beberapa barang dari kedai. Ibu Tupai ingin membeli :



1) Kasut (huruf ka fathah)

2) Baju (huruf ba fathah)
3) Tali (huruf ta fathah)


Anak Tupai pun pergi membelinya. Dalam perjalanan balik, dia leka melihat seekor rama-rama yang cantik. Anak Tupai suka melihatnya sehingga tidak sedar barang tercicir.



Oh, tidak! Mari kita bantu Anak Tupai mencari barangnya semula.



Saya sudah sorokkan kad huruf di dalam ruang bilik dan meminta anak mencari kad-kad ini. Apabila jumpa kad tersebut, minta anak sebutkan dengan jelas. Tak mengapa jika masih salah sebut (belum mengecam), kita bantu anak kita menyebut dengan betul.

No comments:

Post a Comment