Seorang tokoh adalah seorang "trend setter" (pemula trend).
- Ustaz Umar Muhammad Noor, Editor Majalah Solusi
Apabila terbaca kata-kata di atas, saya terus muhasabah diri sendiri. Ya, kita sebagai ibu bapa juga sebenarnya adalah pemula trend dalam keluarga kecil kita. Anak melihat apa yang kita buat. Ia lebih berkesan daripada percakapan kita.
Memupuk minat anak kecil belajar mengaji harus bermula dengan diri kita sendiri. Apabila ibu ayah mengaji, letakkan anak di atas riba atau letakkan anak di samping supaya anak melihat dan mendengar kita membaca al-Quran.
Jadikan waktu mengaji al-Quran adalah waktu yang paling seronok dan ditunggu-tunggu oleh ibu dan ayah. Digalakkan juga berbual dengan anak tentang apa yang ibu ayah sedang buat.
"Adik, ummi nak mengaji. Adik duduk sini ya dengar ummi baca."
"Masya Allah, tekunnya adik dengar ayah baca al-Quran! Anak solehah ni." Sambil beri ciuman pada si kecil anda.
Sudah pasti anak gembira menerima pujian.
Ketika anak menginjak usia setahun setengah, kami mula khususkan sejadah, Iqra' dan rehal untuknya. Bagi anak perempuan, kami siapkan telekung dan tudung comel. Bagi anak lelaki pula kami sediakan kopiah.
Apabila keluar (bersiar, belajar di masjid atau bermusafir), ada beg khusus Quran dan Iqra' anak-anak. Anak-anak akan tahu ia barang penting yang perlu dibawa.
Semasa dalam kereta, perdengarkan bacaan Qari kegemaran seperti Sheikh Misyari, Muhammad Toha dan Muzammil Hasballah.Anak-anak sangat tertarik dengan bacaan dan terikut dengan gaya bacaan qari-qari ini.

No comments:
Post a Comment