Friday, December 1, 2017

Anak ; anugerah dan ujian


Alhamdulillah, anak adalah anugerah yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang terpilih. Namun harus diingatkan bahawa anak ini adalah pinjaman dan ujian buat kita sama ada kita bersyukur atau tidak kepada Allah subhanahu wa taala.


 " Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan ank-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)." (Surah Ali Imran ayat 14)

Mari jadikan diri kita dan anak-anak sebagai asbab untuk masuk ke syurga. Maka pendidikan akidah untuk anak harus bermula lebih awal seawal anak di dalam kandungan. Apabila anak telah lahir, bermulalah proses pendidikan secara formal dari kita, ibu bapanya sebagai guru pertama dalam hidupnya.

Bagaimana mengenalkan Allah kepada bayi? Bolehkah diajar sejak kecil lagi? Bolehkah anak kecil belajar mengaji? Tidakkah terlalu awal?

Apa pun kembalilah kepada NIAT. Niat kita haruslah kerana Allah.

"Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan setiap orang akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua ialah DOA. Banyakkanlah berdoa. Lagi-lagi doa ibu dan ayah adalah mustajab. Kita juga mengikut sunnah nabi seperti sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam ibadah yang paling utama ialah berdoa. (Hadis riwayat al-Hakim).



No comments:

Post a Comment