Saturday, December 2, 2017

Menumbuhkan Minat Terlebih Dahulu

Menumbuhkan minat terlebih dahulu sebelum ajar anak mengaji adalah lebih penting daripada mengajar anak mengaji.

"Setiap anak itu lahir dalam keadaan fitrah (bersih), maka kedua-dua ibu bapanya yang akan mencorakkan sama ada menjadi Yahudi atau Nasrani." (Hasid riwayat Bukhari)


Pertama, mengajilah di hadapan anak sejak anak lahir. Ibu ayah yang banyak mengaji banyak mempengaruhi perkembangan anak. Anak-anak yang melihat contoh yang baik akan mengikut perbuatan yang baik juga.



Kedua, memperuntukkan satu waktu khas untuk mengaji. Bagi yang mampu dan berkesempatan, berkumpullah satu keluarga untuk solat berjemaah, mengaji, bertadabbur al-Quran dan bercerita tentang kisah dari Al-Quran. Ini bagi menambah kecintaan anak terhadap al-Quran.



Ketiga, biasakan anak berada dalam majlis ilmu. Bawa anak bersolat di masjid, mengikuti kuliah di surau, membaca di perpustakaan dan belajar mengaji. Dalam masa yang sama ajari anak akan adab dan sunnah-sunnah nabi.Contohnya doa keluar rumah, doa berhenti di sesuatu tempat dan doa masuk masjid.



Di rumah kami, ada kelas mengaji al-Quran yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 5.30 petang sehingga Isyak. Anak-anak yang datang mengaji di rumah akan mengaji mengikut giliran, seorang demi seorang. Kelas berhenti pada jam 6.50 petang untuk bersiap sedia solat Maghrib berjemaah.



Selepas solat Maghrib, akan ada bacaan hadis oleh anak-anak,tazkirah ringkas oleh ustaz dan sambung mengaji bagi yang belum tib giliran. Anak-anak saya turut serta dalam kelas ini menjadikan mereka berdisiplin dan tahu akan rutin.



Anak-anak seronok belajar dan berkawan kerana terdapat pelbagai lingkungan umur rakan-rakan yang datang mengaji di rumah. Ada sekecil 3 tahun sehinggalah ke usia 17 tahun.

No comments:

Post a Comment