Anak merupakan anugerah dan amanah buat kita mendidiknya.
Saturday, December 29, 2018
Friday, February 2, 2018
Ikut Nabi Didik Anak
Rasulullah sollallahu alaihi wasallam merupakan teladan agung dalam mendidik anak kecil. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah bergurau, menasihati dan membetulkan kesalahan anak kecil. Semuanya penuh sabar, percakapan jelas dan tanpa marah.
Penulisan Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid di dalam bukunya, Prophetic Parenting menyenaraikan 9 cara Nabi mendidik anak namun dalam tulisan ini saya mengulas lima perkara sahaja :
1. Menunjukkan contoh yang baik.
2. Memberi araham pada waktu yang sesuai.
3. Menunaikan hak anak.
4. Doa.
5. Membantu anak untuk berbakti dan menunaikan ketaatan

Menjaga pemakanan anak
Sejak mengetahui akan diri berbadan dua, semakin sedar supaya ibu menjaga pemakanan kerana ia akan mempengaruhi bayi di dalam kandungan seterusnya kepada apabila bayi sudah lahir.
Banyakkan membaca dan mengikut nasihat pakar pemakanan mahupun doktor perubatan.
Apabila bayi sudah lahir, kami usahakan untuk membolehkan anak menyusu sehingga 2 tahun penuh. Dari segi pemakanan, bolehlah ikuti panduan pemakanan yang disyorkan. Pastikan kita mendapat sumber yang betul sebelum mengamalkannya ke atas anak kita.
- Mengelakkan garam dan gula semasa umur 2 tahun ke bawah.
- Mengelakkan pemberian jajan, makanan segera, aiskrim, minuman bergas, minuman dalam tin kotak, gula-gula dan coklat.
- Menggalakkan anak makan ikan, sayur dan buah-buahan.
- Cuba konsisten mengambil kurma, kismis dan kekacang.
- Mengurangkan minuman berais.
Pemakanan yang baik akan memberi kesan kepada otak anak. Secara langsung ia akan berkait dengan sistem tubuh, daya fokus dan kesihatan anak. Insya Allah.

Motivasikan anak untuk mengaji
Pada satu tahap, anak-anak lebih cekap dan senang dapat sesuatu apabila bergaul dengan rakan sebaya. Kemahiran bersosial, bahasa dan komunikasi yang baik mampu menjadikan hubungan cepat terjalin.
Dalam perjalanan anak kami belajar al-Quran ada beberapa perkara yang dilakukan untuk menarik minatnya membaca dan menghafaz al-Quran :
1. Memperdengarkan bacaan al-Quran dari qari kanak-kanak. Anak gemar mendengar bacaan Muhammad Toha, qari Ahmad Soud dan Adik M. Ammar Fathani (Indonesia). Lenggok bacaan juga diikuti mereka.
2. Melihat rancangan berbentuk al-Quran.
Program yang pernah ditonton ialah rancangan Hafizh Quran Indonesia, Tilawah Interaktif TV1, Adik-adikku TV1 dan pertandingan hafazan peringkat kebangsaan. Anak suka melihat "rakan-rakan" seusia mereka menghafaz di atas pentas dan membacanya. Adik Kaisa Dan Adik Musa memang diingati oleh mereka hingga kini. Kedua-duanya ialah peserta Hafizh Quran Indonesia dengan kelebihan masing-masing.
3. Membawa mereka ke program keagamaan dan berteraskan al-Quran.
Melazimi masjid sejak mereka lahir membantu mendidik mereka akan adab bertamu di masjid, adab menuntut ilmu dan menghormati orang lain. Membawa mereka ke kuliah agama, kuliah tafsir dan kelas mengaji al-Quran secara tidak langsung menumbuhkan minat untuk membaca dan menghafaz al-Quran.
Kesempatan untuk hadir ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan memberi impak besar kepada anak-anak. Mereka nampak bersemangat apabila melihat ramainya hadirin memenuhi dewan untuk mendengar bacaan al-Quran.
Apalagi jika surah yang dibaca sudah mereka hafaz. Kegembiraan itu terpancar di wajah mereka. Malahan, lenggok bacaan turut dibawa semasa menunaikan solat.
4. Bertemu alim ulama' dan orang soleh.
Bercerita dan membawa mereka bertemu insan soleh mampu memberi motivasi kepada anak-anak untuk meminati al-Quran. Kadang-kala nasihat daripada orang yang dihormati mudah diterima oleh anak-anak.
Mereka merasa diterima dan dipercayai.
5. Mengaji al-Quran bersama rakan sebaya.
Perkara ini sangat membantu dalam perkembangan anak belajar membaca al-Quran. Sudah pasti seronok belajar apabila ada rakan yang dikenali dan mempunyai minat yang sama.

Ikon keluarga
Kehidupan kita adalah sebuah cerita khas yang tidak akan sama dengan orang lain. Setiap keluarga juga mempunyai kisah sendiri yang Allah aturkan.
Jadi, cari dan bacalah kisah-kisah keluarga hebat dalam melahirkan dan mendidik anak.
1) Keluarga adik Muhammad.
Mengenali keluarga ini apabila Muhammad, 10 tahun ketika itu mula mendapat tempat di media massa berikutan kejayaannya sebagai hafiz cilik.
Membaca latar belakang beliau memang kagum dengan prinsip ibu bapanya dalam mendisiplinkan anak-anak. Malahan, budaya solat berjemaah dan melazimi al-Quran telah ditanam dalam diri setiap ahli keluarga.
Paling saya ingat ialah kesungguhan ibunya menjaga tingkah laku, pendengaran dan penglihatan semasa hamil lagi.
Boleh juga dapatkan buku Muhammad Hafiz Cilik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
2) Adik Darwisya dan Darwish
Kedua beradik ini ialah anak kepada Pn Lina Karim, pengasas Islamic Parenting Network (IPN).
Pn Lina Karim melalui blognya banyak berkongsi kaedah mendidik anak mengenal al-Quran sejak lahir.
Pn Lina juga banyak menganjurkan seminar dan kursus yang membantu lebih ramai ibu bapa melahirkan anak celik al-Quran dan menghafaznya sejak kecil.
3) Keluarga Pn Aishah Hashimee dan Ustaz Amri.
Sejak dari awal, blog cinta-rasul.blogspot.com memang menjadi bacaan saya dalam mencari pengetahuan tentang pembelajaran dan didikan secara islami untuk anak-anak di rumah.
Beliau turut menghasilkan beberapa karya dan buku Aku Mahu Anak Super Al-Quran adalah buku yang sangat saya syorkan. Ianya terbitan Galeri Ilmu.
4) Pn Siti Aminah Sulaiman
Beliau dikenali melalui Facebook awal beliau Anakku Alhafiz (kini sudah bertukar menggunakan nama beliau iaitu Siti Aminah Sulaiman).
Mengenali beliau seawal 2013 membawa kepada perkenalan yang lebih rapat. Kami pernah menjemput beliau membuat perkongsian bersama anak-anak kelas mengaji kami di rumah.
Antara pengalaman beliau ialah ibu ayah sendiri harus melazimi al-Quran sebelum mengajar anak mencintai al-Quran.
Ganjaran non-material adalah penting bagi menggalakkan anak terus belajar al-Quran manakala ganjaran material itu hanya sekali-sekala bagi meraikan usaha anak-anak.
Sunday, January 14, 2018
Busy Bag
Jika terjemahan terus ke Bahasa Malaysia, maknanya ialah beg sibuk. Pada pendapat saya busy bag ini umpama kit aktiviti untuk anak-anak yang bersifat mudah, menyeronokkan dan aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh anak-anak tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu ayah.
Memang pada awalnya agak sulit dan renyah kerana kita perlu rancang aktiviti yang bersesuaian dengan anak mengikut umur dan daya fokus mereka.
Busy bag pertama saya buat ialah pada tahun 2013. Buat sedikit demi sedikit, mengumpul bahan, membeli bahan, mengorbankan masa rehat semata-mata mahu siapkan busy bag yang boleh dibawa ke mana-mana. Objektif saya ketika itu untuk dibawa oleh anak ke rumah pengasuh dan ketika bermusafir.
Saya tidak kreatif. Hanya buat berdasarkan ilham yang Allah berikan. Alhamdulillah anak dapat manfaatkan.
Cadangan aktiviti :
1. Templat huruf hijaiyah.
Anak boleh guna dengan meletak doh atau menampal pelekat comel.
2. Beg sensori.
Meletakkan huruf hijaiyah di dalam beg zip lock, masukkan gel rambut dan selotepkan bahagian zip beg bagi mengelakkan gel terkeluar.
Anak akan menekan gel dan mencari huruf hijaiyah.
3. Aktiviti tulis dan padam.
Cetak aktiviti yang diperolehi dari internet atau direka oleh anda sendiri. Pastikan laminate supaya dapat digunakan berulang kali. Dapatkan pen penanda (marker pen) yang bersesuaian.
4. Kad teka huruf dan penyepit baju.
Gunakan penyepit baju yang dibeli di kedar RM2 atau penyepit baju comel yang banyak dijual di Kaison, Mr DIY dan seumpamanya.
Ia dapat melatih kemahiran psikomotor dan fokus anak.
5. Jigsaw puzzle.
Anda boleh tuliskan pada batang aiskrim dan anak akan cuba mencantum huruf hijaiyah dengan lengkap.
Atau boleh cetak dan laminate.
Alternatif cara menarik anak minat mengaji
Menggunakan papan putih atau papan tulis
Anak seronok membaca pada papan putih yang lebih luas dan tulisan yang lebih besar. Ibu boleh gunakan pen penanda pelbagai warna (mengikut kesesuaian). Selesai dibaca, beri peluang kepada anak untuk memadam tulisan. Nampak kecil tetapi memberi makna kepada mereka.
Membuat flip card sendiri
Gunakan apa yang ada di rumah. Misalnya kotak bijirin, kotak susu, kalendar meja, kotak tisu dan tali.
Potong kepada kad-kad kecil beberapa bahagian. Tuliskan huruf hijaiyah yang diingini. Kotak juga dipotong menjadi sebuah tapak.
Lubangkan (punch hole) pada kad dan ikat dengan tali pada tapaknya. Sudah siap untuk ajar anak dengan flip chart buatan sendiri.
Snake and ladder game
Boleh muat turun dari internet. Misalnya dari laman sesawang www.sightword.com atau buat carian di enjin carian dengan kata kunci "snake and ladder game template" dan seumpamanya.
Tuliskan huruf hijaiyah yang diingini, sediakan dadu dan butang untuk bermain. Tambahkan dengan soalan kuiz di dalam sampul berwarna. Anak diminta memilih sampul dan menyebut huruf yang ada.
Bermain tanah liat
Ada banyak resipi playdoh yang ada. Anda boleh piilh dari yang paling ringkas dengan hanya campuran tepung dan air sehinggalah kepada doh yang perlu dimasak di atas dapur. Sudah pasti ia berbeza ketahanan dan tekstur doh.
Saya gemar menggunakan dua resipi ini :
Resipi 1 : Doh lembut dan wangi (seperti kapas!)
Bahan-bahan (anggaran) :
Hair moisturizer (saya gunakan jenama Rejoice kerana lebih lembut) - 1 senduk
Tepung jagung - 2 senduk
Pewarna makanan - pilihan
Cara-cara :
1. Campurkan hair moisturizer dan tepung jagung. Gaul hingga membentuk doh.
2. Bahagikan kepada beberapa bulatan doh.
3. Titikkan pewarna.
* Jika doh terlalu kering tambahkan hair moisturizer.
* Jika doh terlalu lembap tambahkan tepung jagung.
Resipi 2 : Doh tahan lama
(Kredit kepada Dr Siti Rohana - Facebook Fauzan N Siti)
Bahan :
2 cawan tepung
1/2 cawan garam yang dikisar halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cream of tartar
Perisa vanilla / ros / pandan / eo (ada lagi, saya tak ingat)
Pewarna
1 cawan air mendidih
Cara :
Satukan semua bahan kecuali air dan pewarna. Gaul sebati. Masukkan air mendidih. Gaul dengan sudu. Bila dah suam sedikit uli doh dengan tangan. Bahagikan doh dan letakkan pewarna. Uli lagi.
Selamat bereksperimen!
Subscribe to:
Posts (Atom)