Friday, February 2, 2018

Ikon keluarga

Kehidupan kita adalah sebuah cerita khas yang tidak akan sama dengan orang lain. Setiap keluarga juga mempunyai kisah sendiri yang Allah aturkan.

Jadi, cari dan bacalah kisah-kisah keluarga hebat dalam melahirkan dan mendidik anak.

1) Keluarga adik Muhammad.

Mengenali keluarga ini apabila Muhammad, 10 tahun ketika itu mula mendapat tempat di media massa berikutan kejayaannya sebagai hafiz cilik.

Membaca latar belakang beliau memang kagum dengan prinsip ibu bapanya dalam mendisiplinkan anak-anak. Malahan, budaya solat berjemaah dan melazimi al-Quran telah ditanam dalam diri setiap ahli keluarga.

Paling saya ingat ialah kesungguhan ibunya menjaga tingkah laku, pendengaran dan penglihatan semasa hamil lagi.

Boleh juga dapatkan buku Muhammad Hafiz Cilik terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

2) Adik Darwisya dan Darwish

Kedua beradik ini ialah anak kepada Pn Lina Karim, pengasas Islamic Parenting Network (IPN). 

Pn Lina Karim melalui blognya banyak berkongsi kaedah mendidik anak mengenal al-Quran sejak lahir.

Pn Lina juga banyak menganjurkan seminar dan kursus yang membantu lebih ramai ibu bapa melahirkan anak celik al-Quran dan menghafaznya sejak kecil.

3) Keluarga Pn Aishah Hashimee dan Ustaz Amri.

Sejak dari awal, blog cinta-rasul.blogspot.com memang menjadi bacaan saya dalam mencari pengetahuan tentang pembelajaran dan didikan secara islami untuk anak-anak di rumah.

Beliau turut menghasilkan beberapa karya dan buku Aku Mahu Anak Super Al-Quran adalah buku yang sangat saya syorkan. Ianya terbitan Galeri Ilmu.

4) Pn Siti Aminah Sulaiman

Beliau dikenali melalui Facebook awal beliau Anakku Alhafiz (kini sudah bertukar menggunakan nama beliau iaitu Siti Aminah Sulaiman).

Mengenali beliau seawal 2013 membawa kepada perkenalan yang lebih rapat. Kami pernah menjemput beliau membuat perkongsian bersama anak-anak kelas mengaji kami di rumah.

Antara pengalaman beliau ialah ibu ayah sendiri harus melazimi al-Quran sebelum mengajar anak mencintai al-Quran.

Ganjaran non-material adalah penting bagi menggalakkan anak terus belajar al-Quran manakala ganjaran material itu hanya sekali-sekala bagi meraikan usaha anak-anak.

No comments:

Post a Comment