Sunday, January 14, 2018

Alternatif cara menarik anak minat mengaji

Menggunakan papan putih atau papan tulis

Anak seronok membaca pada papan putih yang lebih luas dan tulisan yang lebih besar. Ibu boleh gunakan pen penanda pelbagai warna (mengikut kesesuaian). Selesai dibaca, beri peluang kepada anak untuk memadam tulisan. Nampak kecil tetapi memberi makna kepada mereka.

Membuat flip card sendiri

Gunakan apa yang ada di rumah. Misalnya kotak bijirin, kotak susu, kalendar meja, kotak tisu dan tali.

Potong kepada kad-kad kecil beberapa bahagian. Tuliskan huruf hijaiyah yang diingini. Kotak juga dipotong menjadi sebuah tapak.

Lubangkan (punch hole) pada kad dan ikat dengan tali pada tapaknya. Sudah siap untuk ajar anak dengan flip chart buatan sendiri.

Snake and ladder game

Boleh muat turun dari internet. Misalnya dari laman sesawang www.sightword.com atau buat carian di enjin carian dengan kata kunci "snake and ladder game template" dan seumpamanya.

Tuliskan huruf hijaiyah yang diingini, sediakan dadu dan butang untuk bermain. Tambahkan dengan soalan kuiz di dalam sampul berwarna. Anak diminta memilih sampul dan menyebut huruf yang ada.

Bermain tanah liat

Ada banyak resipi playdoh yang ada. Anda boleh piilh dari yang paling ringkas dengan hanya campuran tepung dan air sehinggalah kepada doh yang perlu dimasak di atas dapur. Sudah pasti ia berbeza ketahanan dan tekstur doh. 

Saya gemar menggunakan dua resipi ini :

Resipi 1 : Doh lembut dan wangi (seperti kapas!)

Bahan-bahan (anggaran) :

Hair moisturizer (saya gunakan jenama Rejoice kerana lebih lembut) - 1 senduk
Tepung jagung - 2 senduk
Pewarna makanan - pilihan

Cara-cara :

1. Campurkan hair moisturizer dan tepung jagung. Gaul hingga membentuk doh.
2. Bahagikan kepada beberapa bulatan doh.
3. Titikkan pewarna.

* Jika doh terlalu kering tambahkan hair moisturizer.
* Jika doh terlalu lembap tambahkan tepung jagung.

Resipi 2 : Doh tahan lama

(Kredit kepada Dr Siti Rohana - Facebook Fauzan N Siti)

Bahan :

2 cawan tepung
1/2 cawan garam yang dikisar halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cream of tartar
Perisa vanilla / ros / pandan / eo (ada lagi, saya tak ingat)
Pewarna
1 cawan air mendidih

Cara :

Satukan semua bahan kecuali air dan pewarna. Gaul sebati. Masukkan air mendidih. Gaul dengan sudu. Bila dah suam sedikit uli doh dengan tangan. Bahagikan doh dan letakkan pewarna. Uli lagi.

Selamat bereksperimen!

No comments:

Post a Comment