Sunday, January 14, 2018

Busy Bag

Jika terjemahan terus ke Bahasa Malaysia, maknanya ialah beg sibuk. Pada pendapat saya busy bag ini umpama kit aktiviti untuk anak-anak yang bersifat mudah, menyeronokkan dan aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh anak-anak tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu ayah.

Memang pada awalnya agak sulit dan renyah kerana kita perlu rancang aktiviti yang bersesuaian dengan anak mengikut umur dan daya fokus mereka.

Busy bag pertama saya buat ialah pada tahun 2013. Buat sedikit demi sedikit, mengumpul bahan, membeli bahan, mengorbankan masa rehat semata-mata mahu siapkan busy bag yang boleh dibawa ke mana-mana. Objektif saya ketika itu untuk dibawa oleh anak ke rumah pengasuh dan ketika bermusafir.

Saya tidak kreatif. Hanya buat berdasarkan ilham yang Allah berikan. Alhamdulillah anak dapat manfaatkan.

Cadangan aktiviti :

1. Templat huruf hijaiyah.

Anak boleh guna dengan meletak doh atau menampal pelekat comel.

2. Beg sensori.

Meletakkan huruf hijaiyah di dalam beg zip lock, masukkan gel rambut dan selotepkan bahagian zip beg bagi mengelakkan gel terkeluar. 

Anak akan menekan gel dan mencari huruf hijaiyah.

3. Aktiviti tulis dan padam.

Cetak aktiviti yang diperolehi dari internet atau direka oleh anda sendiri. Pastikan laminate supaya dapat digunakan berulang kali. Dapatkan pen penanda (marker pen) yang bersesuaian. 

4. Kad teka huruf dan penyepit baju.

Gunakan penyepit baju yang dibeli di kedar RM2 atau penyepit baju comel yang banyak dijual di Kaison, Mr DIY dan seumpamanya.

Ia dapat melatih kemahiran psikomotor dan fokus anak.

5. Jigsaw puzzle.

Anda boleh tuliskan pada batang aiskrim dan anak akan cuba mencantum huruf hijaiyah dengan lengkap.

Atau boleh cetak dan laminate.



No comments:

Post a Comment